Cuti telah sampai ke penghujung, maka selepas ini bermulalah hidup dalam suasana baru. Sepanjang cuti tidak banyak hasil yang diperolehi dari "hobi terhebat" ini. Sekadar banyak melakukan eksperimen dan menjalankan tugas-tugas khas. Hinggakan nak update blog juga tiada masa. Pada saya inilah masa berkualiti yang dapat saya luangkan bersama keluarga
Alhamdulillah bulan ini meningkat lagi usia. Tidaklah saya kisahkan tiada ucapan atau hadiah pemberian dari keluarga atau kawan-kawan, tetapi ada beberapa kejutan yang membuatkan saya merasa hadiah ulang tahun kelahiran paling bermakna.
Masih saya ingat sebelum cuti bermula, saya telah cantaskan kesemua daun dan sebahagian ranting dari pokok anggur lalu ditaburkan baja penggalak bunga. Seminggu dua kemudian tatkala dibelek pokok tersebut masih tiada tanda-tanda ia akan berbunga,apatah lagi berbuah. Dan akhirnya pada pertengahan Februari saya TERnampak 3 gugus putik anggur ketika membelek pokok markisa kuning (diletakkan di satu tempat yang sama).
Pada kiraan saya anggur tersebut mungkin telah wujud semenjak awal Februari lagi. Akhirnya dapat juga saya membidas kata-kata orang yang cuba mencabar saya diawal penanaman pokok anggur tersebut...
Anggur berbuah sulung |
Salam...
ReplyDeleteSy sgt berminat dgn tanaman herba, cuma xtau kat mana untuk mdptkan benih.
Kat mana erk untuk beli benih ni? Awk ade jual x?
Sy menggunakan 2 cara utk penanaman herba..sama ada benih atau keratan batang. Buat masa ni keratan batang dapatkan di pasaraya je,kalau benih order online. Ada juga pokok yg sedia utk ditanam dn boleh didapati di sesetengah pasaraya dan juga cameron highland..harap membantu.
DeleteAsalamualaikum, saya ada juga pokok anggur hijau benih dari perlis tanam pada thn 2008, pokoknya segar tanam atas pagar, baja cukur daun juga banyak bunga ada tapi hanya hiasan saja lepas tu hilang atau kering.tolong bagi tips untuk pengalak bunga n buah apa nama baja tu? atau saya tengok kat website pengalak buah namanya POCLOBUTRAZOL ( PBZ ) kat mana beli atau cara en macam mana pulak, tlg missing call saya kalau en baca pertanya saya ,TQ
ReplyDeletesrvideo56@gmail.com pasal anggur.
Deletesebenarnya utk membuatkan anggur berbuah mudah saja. mengikut perkongsian pengalaman oleh penanam anggur yg lain, baja pokok anggur dengan baja bunga terlebih dahulu. 2 minggu kemudian, buang kesemua daun yg ada pada pokok anggur dan potong 5 mata tunas iaitu tempat keluar daun (bermula dari bawah pucuk.hal ini dilakukan pada semua ranting pokok. antara 2 hingga 4 minggu kemudian anda akan dapat melihat bunga atau putik anggur. anda perlukan tahap kesabaran yg amat tinggi untuk ketahap ini. harap membantu: )
ReplyDeletetambahan, saya tidak menggunakan apa-apa penggalak buah atau bunga.sekadar menggunakan kaedah di atas.pada permulaan saya dapat 2 gugus anggur, lebih kurang 8 biji. musim seterusnya pembuahan dijangka akan bertambah.
Delete