Dari KL ke negeri Pahang,
Singgah sebentar di bandar Temerloh,
Esok ke Pekan,lusa ke Kuantan,
Tiba masanya pulang ke rumah.
Hahaha..cubaan berpantun hari ni. Ayat terakhir pantun bukanlah bermaksud rumah saya di Kuantan tetapi ia adalah destinasi terakhir sebelum pulang ke rumah dan menghabiskan jam jam terakhir dalam tahun 2012. Dalam minggu ini saja kebanyakan masa saya dihabiskan di atas jalan (travel sahaja). Apa yang menarik penghujung 2012 ini, pengalaman bertandang ke negeri Pahang.
|
Daerah - daerah di negeri Pahang - Gambar hiasan |
Jika selalunya ke negeri Pahang destinasi wajib ialah Cameron Highland, tetapi kini ke Temerloh, Pekan dan Kuantan. Apa pun,bukan pengalaman menjengah ke daerah tersebut ingin saya ceritakan tetapi sekadar perkongsian pengalaman mengenai tumbuhan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan dan perhentian. Sebagai contoh di Temerloh, di kiri kanan jalan terdapat banyak pokok beka/bonglai kayu yang berbuah. Pada pendapat saya,penduduk di sini mungkin tidak makan buah tersebut. Tetapi sebaliknya di kampung saya,ianya sangat bernilai sehingga dijual antara RM10-15 sekeping.
|
Buah beka/bonglai kayu - Sumbangan Mr Google |
Sempat juga berhenti di sebuah rumah milik keluarga rombongan, yang mana sangat menarik minat saya. Sebuah rumah kampung dengan halaman yg dipenuhi pokok buah, sayur dan bunga hiasan. Agak menyesal kerana saya tak snap gambar untuk dikongsi bersama. Beberapa perkara yg saya temui dan pelajari ialah buah longan vietnam sebesar penumbuk (belum pernah lihat dan menurut cerita perlu menggunakan tukul untuk pecahkan buah), buah mesta iaitu spesis manggis yg lebih manis dan berbuah lonjong (biasa ditemui di pantai timur) dan anggur isabella yang berbuah.
|
Buah mesta (kanan) - Gambar dari Syayassir.wordpress.com |
Kewujudan anggur isabella ini sangat menarik perhatian saya kerana pokok tersebut ada beberapa tangkai buah yg masak. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya merasa buah tersebut. Kebanyakan orang mengatakan anggur tersebut masam. Pada saya ianya agak manis (berwarna ungu),berkulit tebal dan berbiji besar. Satu kemajuan dalam pertanian di Malaysia pada saya.
|
Anggur Isabella |
Dan yang terakhir ialah mengenai kewujudan ikan patin yang istimewa. Pastinya hidangan masak tempoyak citarasa tempatan menjadi ingatan. Hanya di Temerloh..jika berminat mengetahui lebih lanjut boleh lawati
blog ini.
|
Patin sungai Pahang..special from Temerloh |
No comments:
Post a Comment