Saturday 31 December 2011

Rosemary


Struktur pokok rosemary
Rosemary ialah sejenis tumbuhan herba saka berkayu yang berasal dari Mediterranian. Ia boleh tumbuh sehingga 5 kaki, berdaun hijau, tajam, beraroma dan mempunyai bunga berwarna ungu, putih atau merah jambu. Tumbuhan ini boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana, yang mana kebiasaanya ditemui di kawasan yang berhampiran laut.

Pokok rosemary yang besar
 Nama rosemary diambil dari perkataan Latin iaitu Rosmarinus. Dalam erti kata yang lain, Ros bererti angin manakala Marinus bererti laut. Dalam bahasa Greek purba pula disebut Anthos yang bermaksud bunga.
Tumbuhan ini juga boleh ditanam di Malaysia. Rosemary adalah tumbuhan yang sukakan cuaca yang panas dan kering. Ia boleh ditanam dalam pelbagai jenis tanah asalkan ianya mempunyai saliran yang baik.

Pokok rosemary yang selalu digunakan dalam masakan
Aroma dari pokok rosemary ini sedikit berbeza berbanding pokok rosemary pada gambar di atas
Rosemary boleh ditanam melalui biji benih, anak pokok atau keratan batang. Penanaman melalui biji benih mengambil masa yang panjang. Rosemary yang ditanam dalam tanah berasid menghasilkan daun yang kecil dan sangat beraroma.
Biji benih rosemary
Rosemary boleh didapati sepanjang tahun dalam pelbagai bentuk. Dari daun yang segar di dalam bungkusan kecil, pokok kecil didalam pasu hinggalah daun yang kering, serbuk dan minyak berperisa (rosemary infused oil) . Daun rosemary kering boleh bertahan hingga setahun manakala serbuk rosemary bertahan sehingga 6 bulan jika disimpan dengan cara yang betul.

Dalam bidang kulinari, rosemary digunakan secara meluas dalam masakan Mediterranian, perapan, stew, daging panggang, bakeri dan sos. Ia juga boleh digandingkan bersama bawang putih dan thyme. Selain daging lembu dan kambing, rosemary juga sesuai digunakan keatas ikan dan ayam.

Rosemary mempunyai aroma yang sangat kuat dan sangat sesuai jika digunakan dalam masakan yang berasaskan tomato seperti stew. Walaubagaimanapun, jika digunakan secara berlebihan akan menimbulkan rasa pahit dan bau yang sangat kuat.

Daun rosemary kering
 Daun rosemary segar lebih enak digunakan dalam masakan berbanding rosemary kering. Nisbah penggunaan adalah satu bahagian rosemary segar kepada 3 bahagian rosemary kering. Daun rosemary kering hendaklah dicincang kasar (coarsely chopped) sebelum digunakan.

Lebihan penggunaan rosemary boleh dikeringkan dengan cara mengikat 5 batang ranting dengan gelang getah atau tali dan digantung di tempat yang sejuk dan kering selama 4 minggu. Tempat pengeringan mestilah mempunyai aliran udara yang baik. Selepas dikeringkan, rosemary hendaklah disimpan dalam bekas kedap udara untuk memastikan kesegarannya terjamin. Rosemary boleh juga dikeringkan menggunakan microwave.

Bunga rosemary
 Selain daun, bunga rosemary juga boleh digunakan sebagai bahan campuran di dalam salad (edible flower) dan juga hiasan makanan. Daun rosemary boleh juga dijadikan minyak berperisa atau flavour oil dalam masakan untuk memasak daging. Penternak lebah madu di luar negara menanam pokok rosemary di ladang penternakan supaya lebah ini menghisap nectar dari bunga rosemary dan menghasilkan rosemary honey.

Contoh; rosemary infused oil with chilli - gambar ehsan
 Rosemary berkhasiat dalam penjagaan memori. Ia juga digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser, strok dan Alzheimer. Aroma dari potongan pokok rosemary yang diletakkan di atas meja mampu mengurangkan stress.

Jika anda ingin mendapatkan pokok rosemary untuk ditanam, ia boleh ditemui di pasaraya seperti cold storage, dengan harga RM5. Di Cameron Highland juga ada dijual pokok ini dengan setiap pasu berharga antara RM7-RM10. Jika ingin melihat pokok rosemary yang besar, anda boleh ke Stesyen MARDI Cameron Highland.

*p/s - Rosemary ni favourite herb saya. Ada 2 pokok rosemary yang berlainan jenis ditanam dirumah sebagai herba masakan dan hiasan...