Sudah berbulan lamanya saya tidak mengemas kini blog ini. Dikesempatan ini saya memohon maaf sekiranya ada yang menunggu post dari saya mengenai penanaman. Post kali ini berkisar dengan buah temperate atau buah yang biasanya tumbuh di negara beriklim sejuk iaitu raspberry.
Raspberry di Cameron Highland |
Jenis liar biasanya seperti red raspberry, wine berry, black raspberry, blackberry dan salmon berry. Manakala jenis kultivar terlalu banyak dan antaranya adalah red raspberry, yellow/orange raspberry, purple raspberry, black raspberry dan blue raspberry.
Raspberry kultivar: mengikut arah putaran jam dari kiri atas; yellow raspberry, blue raspberry, red raspberry, black raspberry dan purple raspberry. |
Raspberry liar: Mengikut arah putaran jam; wild black raspberry, wild red raspberry, blacberry dan wine berry. Gambar ditengah ialah salmon berry. |
Ciri - ciri pokok raspberry ialah ianya berbatang bulat (cylinder) dan berduri serta sedikit berlilin. Setiap tangkai daun berduri dan mempunyai 3-5 helai daun yang mana di bawah tulang daun juga berduri. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 5 kaki dan jika dipandang seakan-akan pokok bunga ros (kecuali daunnya yang berbeza).
Raspberry yang terdapat di Cameron Highland |
Raspberry biasanya dijadikan dessert atau pencuci mulut. Ia biasanya dijual segar, kering, puri atau sejuk beku. Selain itu, terdapat juga produk dari raspberry seperti jem, teh herba, sos, ais krim dan wangian.