Sudah berbulan lamanya saya tidak mengemas kini blog ini. Dikesempatan ini saya memohon maaf sekiranya ada yang menunggu post dari saya mengenai penanaman. Post kali ini berkisar dengan buah temperate atau buah yang biasanya tumbuh di negara beriklim sejuk iaitu raspberry.
![]() |
Raspberry di Cameron Highland |
Jenis liar biasanya seperti red raspberry, wine berry, black raspberry, blackberry dan salmon berry. Manakala jenis kultivar terlalu banyak dan antaranya adalah red raspberry, yellow/orange raspberry, purple raspberry, black raspberry dan blue raspberry.
![]() |
Raspberry kultivar: mengikut arah putaran jam dari kiri atas; yellow raspberry, blue raspberry, red raspberry, black raspberry dan purple raspberry. |
![]() |
Raspberry liar: Mengikut arah putaran jam; wild black raspberry, wild red raspberry, blacberry dan wine berry. Gambar ditengah ialah salmon berry. |
Ciri - ciri pokok raspberry ialah ianya berbatang bulat (cylinder) dan berduri serta sedikit berlilin. Setiap tangkai daun berduri dan mempunyai 3-5 helai daun yang mana di bawah tulang daun juga berduri. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 5 kaki dan jika dipandang seakan-akan pokok bunga ros (kecuali daunnya yang berbeza).
![]() |
Raspberry yang terdapat di Cameron Highland |
Raspberry biasanya dijadikan dessert atau pencuci mulut. Ia biasanya dijual segar, kering, puri atau sejuk beku. Selain itu, terdapat juga produk dari raspberry seperti jem, teh herba, sos, ais krim dan wangian.
Hi,
ReplyDeleteI nak panggil you apa ye bcoz I couldn't found your profile. Kalau di kawasan panas ni pokok raspberry ni hidup subur alangkah bahagianya kan? Hidup memang hidup pokoknya tapi mungkin rasanya kurang manis.
Hi Honey,
DeleteU can call me Haanzs. Actually raspberry memang masam rasanya apatah lagi yang diimport dari negara barat. Kebanyakannya dipetik awal untuk mengelakkan buah dari rosak disebabkan enzim dan mikrob ketika penghantaran (sebab tu rasanya masam, berbeza dari rasa buah yang dipetik benar2 masak di pokok). Nak tunggu pokok raspberry tu besar memang perlukan kesabaran yang tinggi tapi seronok bila tengok dia hidup subur.
Adakah normal pokok raspberry tidak bercabang ...dan daunnya akan gugur?boleh berikan penerangan
ReplyDeleteRaspberry Kat Cameron tu Kira tropical raspberry. Jenis liar dekat area kebun teh BOH Rubus rosifolius buahnya sedap juicy.Ada species tanah rendah Rubus
ReplyDeletemoluccanus daun Lebar rasa tawar. saya pernah cambahkan biji raspberry supermarket Dan anak pokok mati sebab kena hama merah.
Terima kasih saudara Greenbeast atas info yg diberikan.mungkin jika ada kesalahan dan kekurangan dalam post berkaitan raspberry ni dapat diperbetulkan.Btw, boleh saudara cadangkan macam mana nak cari raspberry jenis liar macam yg saudara cakap tu?
Deleteade jual x
ReplyDeleteSaya ade tanam jenis raspberry fall gold dan pernah berbuah
ReplyDeleteBagaimana nk suruh pokok rasberry bcabang
ReplyDeleteassalammualaikum.. mne nk dpt benih rasberry ye
ReplyDeletesy ada jual.. mcm2 jenis benih barry
DeleteCameron kat mana nak beli pokok raspberry nie.saya otw ke CH
ReplyDeleteAssalamualaikom..Di mana boleh dapatkan anak pokok variety autumn blizz & euro red.
ReplyDelete