Monday, 19 December 2011

Salam perkenalan...

Salam perkenalan diucapkan...


     Blog ini ditubuhkan buat insan-insan yang mempunyai hobi yang sama iaitu berkebun. Di sini dikhususkan buat mereka yang berminat menanam pokok herba dari barat (herba untuk tujuan masakan), buah buahan eksotik, sayuran import yang boleh dimakan dan juga orkid hutan.

     Tujuannya adalah untuk memberi informasi berguna dan saling bertukar pendapat atau idea kepada mereka yang minat berkebun. Boleh juga dijadikan medium interaksi sesama blogger dan sebagainya. Diharap blog ini dapat membantu pengendali makanan dan pelajar terutamanya yang terlibat dengan industri perkhidmatan makanan dan F&B.Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman, percubaan dan rujukan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Semoga pembaca mendapat informasi berguna dari setiap posting.

     Serba sedikit mengenai diri saya, saya merupakan seorang pelajar jurusan perhotelan UiTM. Berdasarkan pengalaman, kebanyakan aktiviti terutamanya di dapur memerlukan ilmu dan pengetahuan. Setiap bahan yang ingin dimasak harus diketahui serba serbi mengenai bahan yang digunakan. Sebagai contoh penggunaan basil atau selasih, perlu diketahui asal usul, bentuk pokok, bunga, biji benih, rasa daun hinggalah penggunaannya.

     Maka serba sedikit dari pengalaman dalam industi F&B ini saya gunakan untuk mewujudkan entri dalam blog ini. Selain itu, saya juga merupakan peminat orkid hutan/liar sejak di bangku sekolah menengah lagi. Banyak orkid yang saya pelihara ketika berusia 16 tahun. Malangnya kini bilangannya semakin berkurangan disebabkan kekurangan masa.

     Kewujudan post berkaitan pokok orkid liar di dalam blog ini hanyalah untuk berkongsi kepuasan memelihara orkid. Bayangkan pokok dipelihara dari kecil hingga berbunga. Indah jika dikongsi bersama buat yang berminat.

     Semoga kewujudan blog ini dapat membina satu ikatan buat pekebun dan peminat herba, sayuran, buah-buahan dan orkid liar : )

No comments:

Post a Comment