Saturday 31 December 2011

Rosemary


Struktur pokok rosemary
Rosemary ialah sejenis tumbuhan herba saka berkayu yang berasal dari Mediterranian. Ia boleh tumbuh sehingga 5 kaki, berdaun hijau, tajam, beraroma dan mempunyai bunga berwarna ungu, putih atau merah jambu. Tumbuhan ini boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana, yang mana kebiasaanya ditemui di kawasan yang berhampiran laut.

Pokok rosemary yang besar
 Nama rosemary diambil dari perkataan Latin iaitu Rosmarinus. Dalam erti kata yang lain, Ros bererti angin manakala Marinus bererti laut. Dalam bahasa Greek purba pula disebut Anthos yang bermaksud bunga.
Tumbuhan ini juga boleh ditanam di Malaysia. Rosemary adalah tumbuhan yang sukakan cuaca yang panas dan kering. Ia boleh ditanam dalam pelbagai jenis tanah asalkan ianya mempunyai saliran yang baik.

Pokok rosemary yang selalu digunakan dalam masakan
Aroma dari pokok rosemary ini sedikit berbeza berbanding pokok rosemary pada gambar di atas
Rosemary boleh ditanam melalui biji benih, anak pokok atau keratan batang. Penanaman melalui biji benih mengambil masa yang panjang. Rosemary yang ditanam dalam tanah berasid menghasilkan daun yang kecil dan sangat beraroma.
Biji benih rosemary
Rosemary boleh didapati sepanjang tahun dalam pelbagai bentuk. Dari daun yang segar di dalam bungkusan kecil, pokok kecil didalam pasu hinggalah daun yang kering, serbuk dan minyak berperisa (rosemary infused oil) . Daun rosemary kering boleh bertahan hingga setahun manakala serbuk rosemary bertahan sehingga 6 bulan jika disimpan dengan cara yang betul.

Dalam bidang kulinari, rosemary digunakan secara meluas dalam masakan Mediterranian, perapan, stew, daging panggang, bakeri dan sos. Ia juga boleh digandingkan bersama bawang putih dan thyme. Selain daging lembu dan kambing, rosemary juga sesuai digunakan keatas ikan dan ayam.

Rosemary mempunyai aroma yang sangat kuat dan sangat sesuai jika digunakan dalam masakan yang berasaskan tomato seperti stew. Walaubagaimanapun, jika digunakan secara berlebihan akan menimbulkan rasa pahit dan bau yang sangat kuat.

Daun rosemary kering
 Daun rosemary segar lebih enak digunakan dalam masakan berbanding rosemary kering. Nisbah penggunaan adalah satu bahagian rosemary segar kepada 3 bahagian rosemary kering. Daun rosemary kering hendaklah dicincang kasar (coarsely chopped) sebelum digunakan.

Lebihan penggunaan rosemary boleh dikeringkan dengan cara mengikat 5 batang ranting dengan gelang getah atau tali dan digantung di tempat yang sejuk dan kering selama 4 minggu. Tempat pengeringan mestilah mempunyai aliran udara yang baik. Selepas dikeringkan, rosemary hendaklah disimpan dalam bekas kedap udara untuk memastikan kesegarannya terjamin. Rosemary boleh juga dikeringkan menggunakan microwave.

Bunga rosemary
 Selain daun, bunga rosemary juga boleh digunakan sebagai bahan campuran di dalam salad (edible flower) dan juga hiasan makanan. Daun rosemary boleh juga dijadikan minyak berperisa atau flavour oil dalam masakan untuk memasak daging. Penternak lebah madu di luar negara menanam pokok rosemary di ladang penternakan supaya lebah ini menghisap nectar dari bunga rosemary dan menghasilkan rosemary honey.

Contoh; rosemary infused oil with chilli - gambar ehsan
 Rosemary berkhasiat dalam penjagaan memori. Ia juga digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser, strok dan Alzheimer. Aroma dari potongan pokok rosemary yang diletakkan di atas meja mampu mengurangkan stress.

Jika anda ingin mendapatkan pokok rosemary untuk ditanam, ia boleh ditemui di pasaraya seperti cold storage, dengan harga RM5. Di Cameron Highland juga ada dijual pokok ini dengan setiap pasu berharga antara RM7-RM10. Jika ingin melihat pokok rosemary yang besar, anda boleh ke Stesyen MARDI Cameron Highland.

*p/s - Rosemary ni favourite herb saya. Ada 2 pokok rosemary yang berlainan jenis ditanam dirumah sebagai herba masakan dan hiasan...

14 comments:

  1. Sy ingin bertanya bagaimana menggunakan daun fresh rosemary jika ingin membuat perapan contoh pd daging. Adakah kita perlu blend or cincang sj daun ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika anda ingin menggunakan fresh rosemary, anda cuma perlu cincang daun tersebut. pastikan hanya daun sahaja yang dicincang, bukan daun bersama batang : )

      Delete
  2. lau saya nak tanam kat rumah... mesti kat tempat redup ke? saya tinggal kawasan kampung

    ReplyDelete
  3. Buat permulaan, tempatkan pokok di kawasan 50% cahaya matahari. Bila pokok mula stabil boleh diletakkan bawah panas matahari. Boleh juga tempatkan pokok di kawasan yg ada cahaya matahari pagi sepenuhnya.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Saya baru je beli pokok rosemary & thyme dari cameron. Apa langkah sepatutnya saya buat...perlu ke saya tukar ke pasu yg lain or biar je dalam pasu kecik tu...berapa kerap nak siram air & jenis tanah yg sesuai & baja utk pokok2 ni..

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...

      Cuba kenal pasti jenis medium yg digunakan utk rosemary dan thyme. Biasanya penjual di cameron akan menggunakan medium seperti sabut yg mampu mengekalkan kelembapan medium dlm jangka masa panjang. Ia elok buat beberapa ketika tetapi akan membuatkan pokok mengalami jangkitan dan mati perlahan-lahan. Seeloknya pindahkan tanaman ke tanah yg dijual di nurseri atau tanam terus di tanah. Jika masih menggunakan medium asal, pastikan siram sekali sehari dan letakkan pokok di tempat yg terdedah kepada cahaya matahari pagi dan petang supaya medium tidak terlalu basah. Jika tanaman telah dipindahkan, siram di awal pagi dan lewat petang.

      Untuk pembajaan, gunakan baja tinja ayam kerana mengandungi kandungan nitrogen yg tinggi, dimana baik untuk pertumbuhan pokok. Selain itu, baja jenis ini juga tidak memudaratkan pokok jika digunakan secara berlebihan serta murah dan organik. Digalakkan membaja pokok 2 minggu sekali. Ketika membaja, cuba potongkan sedikit bahagian hujung pokok iaitu berhampiran pucuk. Ini akan membuatkan pokok lebih merimbun. Tetapi elakkan memotong pokok rosemary di awal penanaman kerana ia sangat lambat membesar.

      Sebagai tambahan, perhatikan keadaan sekeliling pokok terutama ketika membaja. Perhatikan kehadiran serangga hitam dicelah daun dan batang atau siput dipangkal pokok dimana hidupan perosak ini mampu merencatkan pertumbuhan pokok, terutamanya rosemary. Jika ianya wujud, semburkan larutan minyak dan sabun basuh pinggan untuk serangga di celah daun manakala pelet racun siput untuk siput. Harap membantu.

      Maaf diatas kelewatan...




      Delete
  5. Salam,

    Saudara ada jual tak biji benih Rosmery ni.. azali84@gmail.com

    ReplyDelete
  6. salam..tumpang Tanya, sy ada membeli pokok rosemary ni, pada awalnya elok je..selepas lebih kurang seminggu lebih, Nampak semakin x ok. semakin lama daun gugur dan batang pokok menjadi kehitaman. adakan pokok terlebih air sb sy letakkn ia dlm rumah dan siram hari2. apa perlu sy buat utk memulihkan ia?perlu ke sy pindahkan atau sy potong dan tanam semua menggunakan batang?

    ReplyDelete
  7. wsalam..letakkan pokok di tempat redup dan seeloknya kena cahaya matahari pagi.siram hanya apabila tanah kering (seeloknya guna tanah yg elok kadar serapan air) kerana lebihan lembapan menyebabkan pokok dijangkiti kulat.puan hanya perlu potongkan bahagian pokok yang hitam dan tidak berdaun.setelah pokok stabil saya syorkan puan pindahkan kedalam pasu besar dengan topsoil yg sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ade Jual biji benih rosemary ke....klu ade Jual saya nak beli tq

      Delete
  8. Hi!sy dah tanam rosemary for the second timee..ni da 1week..daun diaa trus layuu..tp still hijauu...sy ltakk dkat kitchen balcony..matahari kenaa..air sy siramm 1x seharii..coz hri tu org yg jual tu ckp siram 1x utk 2 harii..tp bila baca ur blogg lainn pulakk...ke sy kne ltak dalamm rumahhh...cmne nakk bg dia kembangg cntikk mcm u punyee rosemaryyy...jeless tauuu....

    ReplyDelete
  9. Saya berminat beli benih? leeleelee5532@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Saya berminat beli benih? leeleelee5532@gmail.com

    ReplyDelete
  11. saya berminat nk beli biji benib rosemary. sekira ada jual sila hubungi dausdut@gmail.com

    ReplyDelete