Salam buat pelawat blog.
Masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat anda semua. Diketika ini saya banyak menghabiskan masa mencari tumbuhan rhizom seperti kunyit, temu, cekur dan pelbagai lagi. Post kali ini saya hanya ingin memperkenalkan keluarga baru spesis rhizom, bunga-bungaan dan spesis summer squash.
Buat masa ini, tiada niat untuk menjual koleksi rhizom, sekadar koleksi peribadi. Maklumlah, sebahagian herba tersebut sukar diperoleh. Sebagai contoh tepus kesing atau tuhau, hanya diperolehi di sesuatu tempat dan di musim tertentu. Biasanya dijual pada bulan Ramadhan sebagai ramuan asas nasi ulam (di negeri-negeri utara). Tepus kesing atau tuhau (dalam bahasa Kadazandusun) biasa digunakan bagi masyarakat luar bandar.
Seperkara lagi, ketika saya membuat sedikit pembacaan mengenai herba Serai Acheh, ada yang mengatakan bahawa bunganya cantik seperti bunga orkid. Kebetulan tergerak hati untuk mengalih bekas serai tersebut dan mungkin rezeki saya untuk melihat sendiri bunga Serai Acheh. Memang menakjubkan. Terimalah gambar berikut untuk tatapan anda.
Buat yang pertama kali berkunjung ke blog ini, mohon anda follow blog ini supaya kita dapat berkongsi cerita, pengalaman dan koleksi. Bagi yang biasa berkunjung dan belum menjadi follower, anda juga dialu-alukan. Bagi photographer atau yang meminati bidang photography juga dialu-alukan untuk menjadi follower dan meninggalkan komen bagi gambar-gambar berikut. Sekian.
|
Cekur batik |
|
Bunga cekur batik |
|
Cekur hitam |
|
Bunga cekur hitam |
|
Bunga putik delima |
|
Pokok patty pan squash |
|
Bunga serai Acheh
|
|
Tepus kesing atau dikenali sebagai tuhau |
salam, boleh saya bertanya,
ReplyDeletesaya merupakan pelajar uitm dan tinggal di kawasan klang dan ingin membuat kajian terhadap tumbuhan herba tepus kesing ini..
dimanakah saya boleh mendapatkan tumbuhan herba tepus kesing ini dengan kuantiti yang banyak dan terdekat dari tempat saya..
Wsalam. Berdasarkan habitat pokok tepus kesing yg terletak di kawasan pinggir hutan,agak susah untuk saya cadangkan mengenai bekalan spesis ini di kawasan anda. Tambahan pula, hanya sebahagian kawasan dan masyarakat di Malaysia sahaja yg menggunakan pokok ini. Kebiasaannya ia boleh didapati di kawasan utara seperti Baling, Kedah dan Taiping, Perak (Batu Kurau)itupun bermusim seperti bulan Ramadhan.Selalunya dijual oleh peniaga pasar sehari dalam bentuk daun sahaja tetapi jika bernasib baik ada yg menjual pokoknya sekali. Sy memohon maaf sekiranya balasan ini tidak membantu saudara.
Deletesy sedg mencari tentang pokok resemary dan terjumpa artikel pn... sy suka dgn pokok2 yg pn tnm dan sy rsa teruja untuk melihat post2 lain mengenai tanaman
ReplyDeleteTerima kasih mil sam atas lawatan anda ke blog ini..Insha Allah saya akan terus update isi kandungan blog ini jika dalam kelapangan.
ReplyDeletekat mana boleh dapatkan anak pokok ini? saya mahukan dalam kuantiti yg byk utk tanaman perubatan.... jika ada yg memilikinya sila pm saya di rzgroup84@gmail.com..TQ
ReplyDelete