Sunday 9 September 2012

Tamat musim menanam

Masuknya hari esok iaitu semester baru kuliah, maka tamatlah sudah musim menanam untuk kali ni. Tiada lagi benih yang akan disemai kecuali special case dan sepanjang 5 bulan yang mendatang hanyalah diisikan dengan aktiviti membaja, merumput dan menuai. Itu pun kemungkinan 2 minggu sekali.
Bila masuknya cuti semester, saya secara automatik menjadi seorang grower, bukan profesional tetapi sekadar suka-suka. Hasil yang dituai kemudian dimakan seterusnya menjadi satu kepuasan bagi saya yang suka bercucuk tanam. Pokok yang ditanam bukan sekadar sayur berbuah dan berdaun tetapi termasuk pokok bunga, orkid liar, herba masakan tempatan dan yang special herba masakan barat.
Mengenai herba masakan barat, walaupun tidak digunakan hari-hari tetapi melihat tumbuhan 4 musim hidup subur disini memberikan satu kepuasan. Manakan tidak, selama ini herba-herba tersebut hanya dilihat di internet, rancangan dan buku masakan sahaja. Tetapi kini ianya ditanam sendiri. Tambahan lagi, tidak keterlaluan jika dikatakan koleksi herba saya menyaingi english herb garden di MARDI Cameron Highland...hehehe
Menjadikannya lebih menarik ialah sistem penanaman bertingkat yang direka khas untuk pokok-pokok herba ini. Dilengkapi dengan sistem pengairan yang ringkas supaya perkara lama tidak berulang. Bayangkan silver thyme yang susah dapat mati bila saya tiada di rumah. Kali ini herba seperti pineapple mint, apple mint, common mint, spearmint, peppermint, lavender, dill, ketumbar, chive, chervil dan lemon thyme mungkin dapat diuruskan dengan lebih mudah. Tiada yang terlepas atau terlebih siraman.
Sebenarnya saya ada misi untuk penanaman kali ini. Pertama ialah menanam semula dan memperbetulkan kesilapan pada penanaman yang lepas. Kali ini saya menanam pokok herba dengan teknik yang telah diuji. Kedua menguji pertumbuhan benih. Saya ada menyemai benih OP sweet basil dan cinnamon basil dan hasilnya memberangsangkan. Ketiga untuk mendapatkan benih dari pokok yang sukar didapati. Contohnya benih purple basil, chervil dan lain-lain.
Kini saya hanya perlu menunggu hasilnya dan memastikan misi saya berjaya. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah trim dan membaja pokok-pokok tersebut setiap kali pulang. Cuma masalah yang tak dapat saya elak ialah serangan makhluk perosak seperti belalang, leaf miner, aphid, white fly dan banyak lagi. Maklumlah pokok makin banyak..Gambar-gambar berikut adalah sebahagian hasil projek garden herb saya..

Pineapple mint, common mint, spear mint & pepper mint

Chervil, Italian parsley dan chive dihujung (seperti daun bawang)
Apple mint dan lemon thyme.

3 comments:

  1. salam boleh saya dapatkan benih english herb dalam gambar dr haanz

    ReplyDelete
  2. wsalam...english herbs yg di dalam gambar kebanyakan saya tanam guna keratan batang atau pun anak pokok yg dibeli di pasaraya. buat masa ni sy tiada stock benih utk dijual, hanya kegunaan sendiri. boleh cuba dapatkan dari blog kebun bahagia bersama.

    ReplyDelete
  3. Tuan/Puan, bolehkah saya beli keratan pokok Pineapple mint, spearmint dan peppermint? Atau di manakah boleh saya beli? Saya dari Shah Alam. Tqvm tuan/puan.

    ReplyDelete